Biografi kumpulan Rusty Blade


Biografi kumpulan Rusty Blade


Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia.Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!
Album kedua Rusty Blade "Rintangan Hidup Dunia" di terbitkan oleh Razzi M (Bekas pemain guitar kumpulan Black Dog Bone) di keluarkan pada 1986. Pada Album ini Izad telah mengantikan Mamat sebagai pemain guitar kedua. Album ini telah menaikan nama Rusty Blade dan terjual sebanyak 100,000 unit. setelah album ini di keluarkan Rusty Blade mula membuat road show di serata Semenanjung Malaysia. Konsert pertama mereka adalah di Ipoh pada 1987 di Stadium Indra Mulia. Mereka kemudian membuat show di Johor Baru dan Kuala Lumpur. di Kuala Lumpur mereka penuhkan Stadium Negara dan Konsert itu di iktiraf oleh pihak media sebagai Show yang terbaik pernah diadakan di Kuala Lumpur. Md. Noor Hendrix telah mengantikan Izad selaku pemain guitar semasa road show ini.
Pada 1988 album ketiga Rusty Blade "Berat" di hasilkan. Rusty Blade sendiri bertindak sebagai Penerbit. Ia nya merupakan sebuah album yang benar-benar "heavy" yang mempunyai mutu yang mantap. "Berat" terus menjulang nama Rusty Blade di pesada musik tanah air. Setelah "Berat" berada di pasaran, pemain Bass Razak meninggalkan kumpulan ini. Rusty Blade mencari pemain bass baru ramai yang di cuba akhirnya Mann Karen dari kumpulan Rockers menggantikan tempat sebagai pemain Bass. Dengan adanya Mann Karen Rusty Blade bertambah baik segi persembahan muzik mereka
Tahun 1989 Rusty Blade menghasilkan album "Awas" ternyata ia sebagai album terakhir Rusty Blade sebelum mereka mengundurkan diri dari dunia seni Malaysia buat seketika.
Kumpulan Rusty Blade kemudiannya kembali aktif semula melalui beberapa siri konsert antaranya Konsert Gemilang Merdeka di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 September 2007, Konsert Amal Malam Seni Jiran Muda di Auditorium DBKL, pada 29 Julai 2011 dan di Kallang Theater pada 2012. Kumpulan Rusty Blade kembali membuat persembahan pada 2012.


Tiada ulasan: