Biografi Kumpulan Melissa
Kumpulan Melissa merupakan sebuah kumpulan muzik rock di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu irama rock dalam bahasa Malaysia. Sejarah ringkas, kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh dua orang pengasasnya iaitu Kef dan Ajax.
Kumpulan rock Melissa yang pernah menjadi sebutan ramai pada dekad 90-an diangotai oleh empat orang ahli iaitu; Kefli Ramli-Kef (gitar utama), Mohd Nor Razak - Ajax (gitar bass), Fauzi Shah Abdul Karim - Ozy (pemain dram) dan Mohd Radzi - Scrop (penyanyi utama).
+lp.jpg)
Bagaimanapun pada sekitar tahun 1996 anggotanya telah membawa haluan masing-masing. Penyanyinya Scorp telah menukar kerjayanya daripada dunia hiburan kepada penceramah agama bebas tanah air yang berpengkalan di negeri Kedah. Pemain gitar Keff pula menukar kerjayanya kebidang perniagaan. Pemain bass Ajax masih aktif dalam bidang ini. Beliau telah menyertai kumpulan Real X dan berlakon dalam dua buah filem arahan Mamat Kalid yang berjudul Rock dan Zombie Kampung Pisang. Manakala pemain drum Ozy telah menjawat jawatan sebagai pegawai polis (PDRM) di Kuantan, Pahang.
Pada Tahun 2008 kumpulan ini telah mengistiharkan untuk bersatu kembali (Reunion). Cadangan ini telah di sambut baik oleh peminat-peminat serta telah menjayakan sebuah program rancangan hiburan Rock Prima di Astro dengan kerjasama Jengking Merah Production. Kini kumpulan ini aktif kembali tetapi hanya untuk menjayakan show-show tertentu sahaja memandangkan kesemua anggatanya sudah mempunyai komitment yg lebih penting selain dari bidang muzik yang diceburinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan