Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan

Aktor Park Hae Jin makin laku

Aktor Park Hae Jin makin laku


Aktor Park Hae Jin nampaknya mula laku ibarat pisang goreng panas selepas menjadi rebutan beberapa pengarah uji bakat untuk beberapa drama hebat, antaranya Cheese In The Trap dan Nodame Cantabile yang penggambarannya bermula tidak lama lagi.
Dalam pada senyumannya mencairkan hati ramai peminat wanita, wajah dan ekspresi seriusnya yang berkarisma pula mendapat perhatian pengarah drama.
Kebanyakan pengamal media Korea bersetuju, selain memiliki wajah kacak, pelakon itu juga berbakat besar di dalam bidang lakonan.
Buat masa ini, Hae Jin memegang watak Hwi Kyung dalam drama Man From The Stars.

Mariah Carey kerap pecat pengasuh


Mariah Carey kerap pecat pengasuh

Penyanyi Mariah Carey, 43, yang juga ibu kepada kembar Moroccan dan Monroe, me­ngaku dia ibu berjiwa sensitif. Dia tidak mahu sesiapa pun mengganggu hubungannya dengan anaknya.
Dalam temubual bersama The Breakfast Club di New York, penyanyi lagu You’re Mine ini berkata, dia kerap memecat pengasuh dua anaknya.
Katanya, dia memang memerlukan bantuan pengasuh untuk menjaga Moroccan dan Monroe tetapi tidak suka apabila pengasuh itu seolah-olah cuba menjadi insan yang lebih penting daripada dirinya.

Mariah yang berkahwin dengan Nick Cannon pada April 2008 turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan suaminya yang juga pengacara program realiti America’s Got Talent pada Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari.


“Jadualnya sangat padat. Dia tidak dapat balik ke rumah untuk menyambut Hari Kekasih bersama saya. Apa pun, dia suami yang sangat romantik. Setiap bulan, Nick memberi saya bu­nga sebagai tanda mengingati perkahwinan kami,” katanya. Tapi bagi saya kalau semua pengasuh tak bagus lebih baik dia aja yang jaga anak kembar dia.... tak payah  dia nie nak menyanyi lagikan....