Memaparkan catatan dengan label Exists. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exists. Papar semua catatan

Exists - Seperti dulu

 

Exists - Seperti dulu

 
Selalu ku Mengharapkan
Kau Akan Segera Pulang
Kau Balik Seperti Dulu
Menghapuskan Rindu
Yang Sering Menghantuiku
Semenjak Kau Datang
Di Hatiku Sayang
Semua Resahku Hilang
Diriku Bukanlah
Seorang Yang Mudah
Menyerahkan Cinta Semudah Kata
Kudambakan Cinta
Indah Seperti Dulu
Kerna Cintaku Tak Pernah Rasa Jemu
Biar Hati Bimbang
aku Terus Menunggu
Benar ku Tahu Kau Tak Pernah Jauh
Kau Di Hatiku
Di Hari Yang Datang
Janganlah Kau Ulang
Lukai Hatiku Sayang
aku Pun Bukanlah
Seorang Yang Bisa
Menggantikan Cinta Sekelip Mata
aku Inginkan Cinta
Kita Seperti Dulu
Kerna Cintaku Tak Mudah Rasa Jemu
Biar Hati Bimbang
aku Terus Menunggu
dan aku Tahu Kau Tak Pernah Jauh
Kau Di Hatiku

Exists - Percayakan siti

 

Exists - Percayakan siti

 
Kerana percayakan Siti
Tercetus revolusi ini
Tapi ironinya cinta kami tak jadi

Kerana percayakan Siti
Lantas kuberanikan diri
Merentasi dunia
Demi mengejar mimpi

Mahu bikin benda seni
Bukan boleh bikin dengan separuh hari
Ooo

Kerana percayakan Siti
Tercetus revolusi ini
Tapi ironinya cinta kami tak jadi

Kerana percayakan Siti

Kerana terlalu ku kasih
Aku tinggalkan dia untuk suatu hari

Mahu bikin benda seni
Bukan boleh bikin dengan suka hati
Hanya Tuhan saja tahu
Sarat duka aku galas ketika ini

Biar lewat begini
Lihat luruh gerimis
Ku tersentuh lalu menangis

Biar lewat begini
Lihat luruh gerimis
Jiwa ini bagai dihiris
 

Exists - Julia

 

Exists - Julia

 
Tega ku berdiri sepanjang malam,
Mengintai dada langit yang tersergam,
Dengan menitip doa dan impian,
Di saat melintas sang kelodan,
Kau di sisiku sentiasa,
Julia

Kudambakan kita hidup bersama,
Sepasang kekasih teman yang setia,
Asalkan kau sudi,ku kan bahagia,
Kerna ku percaya,
Jiwa kita satu tak terpisah,
Julia

Bila malam mengundang hujan,
Hadiahkan jutaan rintangan,
Niat yang asal tetapkan ku kotakan,
Hendaknya hajat ku kesampaian,
Kau di sisiku sentiasa,
Julia

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu,
Terbukti dunia ku haru biru,
Mudah hilang punca dan arah tuju,
Fikiran meracau tak menentu,
Emosi terganggu

Bantulah aku,
Bantulah oh Julia,
Katakanlah padaku kau juga sama,
Sama merasa sepertiku Julia,
Kita menjejak erti cinta yang sama,
Ooooo.....

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu,
Terbukti duniaku haru biru,
Mudah hilang punca dan arah tuju,
Fikiran meracau tak menentu,
Emosi terganggu

Mengapa bisa jemu,
Mengapa bisa rindu,
Mengapa bisa jadi begitu.

Exists - Dirantai digelangi rindu

 

Exists - Dirantai digelangi rindu

 
Syahdu malam berlagu sepi
Mengiring rawan dalam taman hati
Gelisah menanti kau kembali
Manja menagih bujukan di sisi

Kerana desakan cintaku
Dirantai digelangi rindu
Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu

(Korus)
Dosamu ku anggapkan debu
Bisa diterbang angin yang lalu
Ku sedia memaafkanmu
Biar aku berparut seribu
Agar sembuh lukamu
Pahitku rasa madu

Pulanglah oh kasihku
Kurayu kepadamu
Janganlah diturutkan mainan perasaanmu
Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
Dengan belaian senda gurauanmu
Duhai sayang

(Ulang Korus)

Pulanglah oh kasihku
Kurayu kepadamu
Janganlah diturutkan mainan perasaanmu
Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
Dengan belaian senda gurauanmu
Duhai sayang
Oh pulanglah