Biografi kumpulan Bloodshed
Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock yang telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. Mereka berasal dari Kajang, Selangor.
Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella and The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. Album yang kedua diterbitkan oleh M Nasir pada tahun 1988 dengan judul "Samarkand" dengan lagu suka ramainya "Srikandi Cintaku" ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.
.jpg)
Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album "Villa Misteri", anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.
Akan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan line-up asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermula dari 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan, bermula di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan