Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi
dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh
daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari
halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta diisolasi dari dalil busuk
jahil Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan
keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan
hidup-hidup dalam guni Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah
fikiran aneh tergantung di persimpangan Halusinasi susuli ketandusan
ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong
teruskan hidup Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul
tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh
bintik hitam silam Ini bukan lagu rindu ini madah dendam Ku ditimbang
tanpa neraca di awal usia Ku dihukum masuk neraka oleh manusia Minta
tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu Jadi aku tak berganjak
biarkan saja begitu Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas
buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata Kita
kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa Maafkan mereka, mereka tiada
nilai Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai Tanpa kasih sayang, mereka suka
menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala
murai sekawan Baling ku ramit kucup lehernya Terlalu rahi dendam di
angan Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu Tak perlu
kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan
hidup Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama
maharaja Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma Guna hak berfikir
sebelum hak untuk bersuara Kalau terpelajar sila guna hak
miranda Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam Hafaz bila lafaz tapi
mereka tidak faham Mereka mula kiri, aku kanan bila baca Sudah mahir rumi,
mari tafsir alif ba ta
(Alif) Ada teratak di hujung
kampung (Ba) Bawah cermin kopak ada kotak (Ta) Tersembunyi dalamnya
ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung
kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada
tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu Tak
perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong
teruskan hidup Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung
kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada
tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak Ternyata kamu lebih suci dari
apa yang kubayangkan