Memaparkan catatan dengan label Ezlynn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ezlynn. Papar semua catatan

Ezlynn - Jikalau aku

 

Ezlynn - Jikalau aku

 
Sebelum aku membalas lamaran cintamu
aku perlu tahu benar kamu jujur
kerana aku pernah terasa tertipu
dengan janji palsu teman terdahulu
Jikalau aku memberikan sepenuh jiwa
yakinkanlah kau kan setia
hanya ku kau sayang siang dan malam
Jikalau kamu mahu keperingkat seterusnya
tunaikanlah apa ku pinta itu semua perlu
jikalau aku menyintamu
Sebelum itu jumpalah orang tuaku
minta izin dulu agar mereka restu
hoo…jangan pula nanti
kau mula terasa jemu
fikir betul-betul sebelum kita bermula

Ezlynn - Hi hi bye bye

 

Ezlynn - Hi hi bye bye

 
( verse 1 )
Mula terasa resah bagai ada yang berubah
Mungkin ku lewa atau kau dah pun beralih arah
Bila berdua tak seperti dahulu kala
Definisi gembira bermakna bila ku tiada
Dulu senyum ku manis raut wajah ku jelita
Kini semua pahit tak seperti Erra Fazira
Namun hakikatnya serik ku mendengar alasan
Letih dan bosan bertepukkan sebelah tangan
( korus )
Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Apa kau sangka ku ahli silap mata
Ku berikan cinta, kau berikan dusta
Kini kau kata hi hi, ku katakan bi bi
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
Jangan kau hampiri menagihkan simpati
( verse 2 )
Mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
Setelah hati dicuri, telefon pun tak sudi
Ingatkah siapa membawa senyuman tika duka
Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa
Berikan semula potret ketika bersamaku
Pulangkan Hello Kitty hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila masa dan usaha bagai tak dihargai
( ulang korus )
( rap )
Sesekali terlintas di fikiran
Untuk terima saja keadaan
Baik ku kecewa dari buta
Habiskan masa dan Ringgit Malaysia
Pasti egomu tak hairan
Merasakan penangan
Mungkin ada lain yang lebih sudi
Ku petik jari ramai yang menanti
Hi, Hi, Hi, Yai, Yai, Ho Ho Ho Ho Ho Ho
Hi, Bi Bi
( ulang 2X )
Kini kau kata, Hi, Hi
Ku katakan, Bi, Bi
( ulang korus )
Tak termakan rayu takkan ku menyesal
Dengarkan kataku selamat tinggal