Aktor Park Hae Jin makin laku

Aktor Park Hae Jin makin laku


Aktor Park Hae Jin nampaknya mula laku ibarat pisang goreng panas selepas menjadi rebutan beberapa pengarah uji bakat untuk beberapa drama hebat, antaranya Cheese In The Trap dan Nodame Cantabile yang penggambarannya bermula tidak lama lagi.
Dalam pada senyumannya mencairkan hati ramai peminat wanita, wajah dan ekspresi seriusnya yang berkarisma pula mendapat perhatian pengarah drama.
Kebanyakan pengamal media Korea bersetuju, selain memiliki wajah kacak, pelakon itu juga berbakat besar di dalam bidang lakonan.
Buat masa ini, Hae Jin memegang watak Hwi Kyung dalam drama Man From The Stars.

Tiada ulasan: