Biografi Kumpulan IKLIM

Biografi Kumpulan IKLIM



Kumpulan Iklim bermula apabila penyanyinya A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM, pada tahun 1988, telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa ( boleh diragui akan kesahihannya ) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.
Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: SUCI DALAM DEBU , Hakikat Sebuah Cinta , Satu Kesan Abadi , Sandiwara Cinta Semusim Ammarah Bujang Kota & Seribu Penghargaan . Namun lagu SUCI DALAM DEBU begitu GAH ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba - tiba,melalui single SUCI DALAM DEBU juga IKLIM telah di nobatkan beberapa anugerah menerusi Industri MUZIK MALAYSIa & INDONESIA pada sekitar tahun 1990 , 1991 & 1992 , Antara anugerah yang diperolehi ialah ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - IKLIM / ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - IKLIM / JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu memenanggi Juara Lagu Tempat 2 , Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3 / PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe . Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena SUCI DALAM DEBU terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari INDONESIA iaitu ANUGERAH HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit
Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang adalah seperti berikut:
artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.







Tiada ulasan: