Biografi kumpulan Gersang


Biografi kumpulan Gersang



Kumpulan Gersang adalah sebuah kumpulan rock dari Johor penyanyi rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 dan mula dikenali semenjak tahun 1988. Kumpulan Gersang pernah menyertai Juara Juara Rock 2 di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru di mana mereka berjaya menggondol tempat ketiga, sementara sementara tempat pertama oleh kumpulan The Burnmarks, dan tempat kedua pula oleh kumpulan Hurricane juga dari Johor Bahru.
Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki Juara Lagu '89. Kumpulan Gersang diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMC yang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 setelah selesainya kontrak persembahan Konsert jelajah Lucky Strike, kerana Man Bai mengalami sakit tonsil yang agak serius dan menjalani pembedahan di New Zealand.
Setelah itu Man Greng menubuhkan dan menyertai kumpulan Keno sesudah itu menyertai kumpulan Fly.N Colors dan sekarang menjadi taukeh sendiri iaitu syarikat studio HAVOC dan punyai kumpulan Havoc. Jojet menyertai kumpulan Wings kemudiannya kumpulan Dragon Malaya dan sekarang menjadi artis jemputan sebagai salah satu pemain drum yang terkemuka. Kid sebelum itu sudah pun menyertai kumpulan Search dan sekarang menjadi pemilik kedai BangiKopitiam.
Acis menyambung pelajaran dalam bidang muzik di Amerika Syarikat dan sekarang menjadi pengarah muzik dan punyai syarikat studio sendiri iaitu Akarkarya S/B dan kemudiannya berkahwin dengan ratu jazz negara iaitu Sheila Majid. Ajib masih aktif dalam muzik dan banyak menerima jemputan sebagai pemain gitar utama. Setelah pulih dari pembedahan tonsil dan menimba ilmu di syarikat Roslan Aziz Production (RAP), beberapa tahun kemudiannya Man Bai telah menjadi artis solo dan telah mengeluarkan 2 album iaitu Man Bai dan Positif dan memenangi anugerah Artis Baru Solo Lelaki Terbaik. Pada bulan Julai 2011 Man Bai mengeluarkan album baru iaitu album solo yang ketiga dalam bentuk mini album yang memuatkan 8 lagu; 5 lagu baru dan 2 lagu lama iaitu 1 lagu 2 versi dari album solo iaitu 2 versi lagu Kau Ilhamku dan 1 lagu lagi dari album Gersang iaitu album Masih Aku Terasa. Album solo ketiga Man Bai itu diberi judul "INSPIRASI". Di dalam masa yang sama 1 lagu baru dinyanyikan di dalam album kumpulan Pop Shuvit nyanyian mereka bersama Man Bai.
Man Bai ada berlakon dalam beberapa filem dan iklan tv seperti Layar Lara, Syukur 21, Puteri Gunung Ledang dan sebagainya,manakala Jojet berlakon filem arahan Dato Yusuf Haslam. Kid ada berlakon dalam filem Isabella dan Fenomena. Lakonan Man Bai mendapat pujian dan menangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik. Pada bulan Jun 2010, Kumpulan Gersang telah bergabung kembali dan membuat persembahan pertama dalam tempoh lebih kurang 20 tahun pada 19.06.2010 di Konsert Inspirasi Muzik-Muzik TV3 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur siaran secara langsung di TV3 yang bermula pada jam 9.00 malam. GERSANG punyai perancangan menghasilkan sebuah album baru dimasa hadapan berkemungkinan akan dikeluarkan pada tahun 2012 atau 2013 dengan izin.

Tiada ulasan: