Biografi Kumpulan New Boyz (Malaysia)

Biografi Kumpulan New Boyz (Malaysia)

 
Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya 'Sejarah Mungkin Berulang' New Boyz muncul dengan identiti awal remaja.

Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sebagai vokalis,Syuk sebagai pemain bass, Jay sebagai pemain gitar utama, Lan sebagai pemain gitar kedua dan Along bertindak sebagai pemain drum.Begitulah berikutnya dengan album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen sendiri. Tempat Syuk digantikan oleh Zack yang kekal sehingga kini.

Kumpulan ini bukan sahaja mencetuskan fenomena dikalangan remaja Malaysia, yang juga turut berjaya menembusi pasaran di Singapura,Indonesia dan Brunei. Ini sekaligus menjadikan New Boyz antara kumpulan remaja paling popular ketika itu. Malah, penjualan album New Boyz juga sangat memberangsangkan sehingga membolehkan mereka mendapat anugerah platinum bagi album pertama yang berjudul New Boyzyang mana album tersebut telah terjual sebanyak lebih 100,000 unit. Bukan itu sahaja,mereka juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.Selain ABPBH,New Boyz turut pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Planet Muzik dalam tempoh tersebut.

Penghasilan album kelima (Bermulanya Satu Evolusi) pada 2004 New Boyz telah memperkenalkan dua ahli mereka yang baru iaitu Rizz selaku gitar utama dan juga Ristoe selaku pemukul brum mereka bagi menggantikan tempat Jay, Lan dan Along.
Sehingga tahun 2006 New Boyz telah mengeluarkan 5 album dan 1 kompilasi lagu-² terbaik.Selain mengeluarkan album , New Boyz turut berlakon dalam beberapa buah telemovie terbitan SRC iaitu PULAU INSPIRASI dan MERAUNG .

Pada tahun yg sama juga New Boyz sibuk menyiapkan material terbaru iaitu album keenam, kali ini hampir keseluruhan lagu dicipta oleh ahli New Boyz sendiri. Dengan genre muzik pop rock New Boyz lebih matang dari segi pemilihan lagu dan corak persembahan mereka.

Pada tahun 2007 New Boyz kembali dengan 1 lagi pembaharuan di mana Afiez sebagai gitaris baru telah menggantikan Rizz. Maka tetaplah sudah anggota New Boyz yg mempunyai 4 generasi album dari Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez..

Selepas kemasukan Afiez, New Boyz muncul dengan album Semula Padaku yang membariskan komposer seperti Taja Meet Uncle Hussien, Along Exist, Edry KRU dan ramai lagi. Selain daripada menggunakan khidmat komposer luar, ahli New Boyz sendiri mengambil peluang dalam penciptaan lagu untuk album tersebut. Antaranya ialah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalis kumpulan ini sendiri iaitu Tomok dengan lagu KAU BERNAMA CINTA. Lagu ini merupakan antara lagu yang menjadi HITS dalam Album Semula Padaku, dan lagu ini kerap diputarkan di corong-corong radio tempatan.

Setelah penghasilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia. Selepas dua tahun menyepi, New Boyz akhirnya muncul dengan dua single terbaru mereka iaitu KAU PERGI dan TERIMA KASIH (HERO) dimana penciptaan lagu sehingga proses penghasilan keseluruhan kedua-dua lagu dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri pada tahun 2008. Kau Pergi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok sendiri dan lagu Terima Kasih HERO merupakan lagu pertama ciptaan Zack selaku pemain BASS kumpulan New Boyz. Pada tahun 2010,lagu Terima Kasih HERO telah menjadi salah satu lagu soundtrack bagi filem KAPOWW!! - Atoi The Kultur Boy yang mana judulnya telah ditukar menjadi Roket Ke Langit,malah terdapat sedikit perubahan lirik dalam lagu tersebut.
Belum pun sebulan single itu dihasilkan Tomok pula mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan Program Reality One In A Million musim ketiga pada tahun 2009 dan berjaya menjadi salah seorang finalist program reality itu dan telah dinobatkan sebagai Juara OIAM3. Penyertaan Tomok dalam program realiti itu telah menjadi isu dan diperkatakan oleh masyarakat dan ada yang mengandaikan Tomok telah bergerak secara SOLO dan meninggalkan ahli kumpulannya yang lain dan sekaligus tidak lagi bergelar penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tetapi semua andaian yang dibuat tidak tepat dan Tomok menafikan dakwaan itu dan sekaligus mengesahkan dia masih lagi penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tomok tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan New Boyz sama sekali dan menyatakan penyertaannya itu mendapat restu dan sokongan dari ahli New Boyz yang lain.

Sehingga kini, New Boyz masih lagi kekal berempat hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mempertaruhkan hasil kerja mereka yang seterusnya. Dikhabarkan mereka akan tumpukan perhatian dalam pembikinan album mereka sepenuhnya selepas Tomok selesai menghasilkan album SOLO beliau dalam masa terdekat.
Kini New Boyz mahu lebih dikenali sebagai NB iaitu singakatan untuk New Boyz itu sendiri.
Antara album yang telah dihasilkan:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku


 

Tiada ulasan: