Memaparkan catatan dengan label Pada zaman dahulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pada zaman dahulu. Papar semua catatan

Pada zaman dahulu - Sang Kancil dan Kerbau

 

Pada zaman dahulu - Sang Kancil dan Kerbau

 
 
Aris dan Ara mula tinggal bersama Aki dan Wan di kampung. Setelah melihat gelagat Aris
yang suka temberang pada Ara, cerita sulung Aki kepada mereka ialah tentang Sang Kerbau yang terpedaya oleh Sang Buaya untuk mengangkat dahan pokok yang tersepit lehernya supaya Sang Buaya boleh memakannya, hingga terpaksa meminta tolong dari Sang Kancil.

Pada zaman dahulu - Kura - Kura dan Itik

 

Pada zaman dahulu - Kura - Kura dan Itik

 




Aris dan Ara sedang main kejar-kejar di ruang tamu rumah. Aki memberi nasihat agar jangan bermain di dalam rumah tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba Ara terlanggar pasu di atas meja hingga jatuh dan pecah. Aki sangat sedih kerana pasu itu ialah kesayangannya. Aris dan Ara rasa bersalah dan cuba membantu dengan menghulurkan gam. Bagi Aki, nasi telah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Aris dan Ara pula tidak faham dengan peribahasa Aki, lalu Aki menceritakan satu kisah tauladan, Kura-kura dan Itik.
Kisahnya bermula dengan Itik yang menjemput semua kawan-kawan datang ke kenduri di rumahnya termasuklah Kura-kura. Kura-kura setuju untuk pergi tapi malangnya, oleh kerana dialah binatang yang paling perlahan berjalan, Kura-kura tiba di rumah Itik setelah kenduri berakhir. Kura-kura kecewa dan terus pulang ke rumah. Kancil simpati terhadap kura-kura dan pergi menemuinya. Kura-kura meluahkan perasaannya serta menyatakan jikalau dia boleh terbang, mesti dia tidak akan lambat. Kancil pun membawa Kura-kura berjumpa Itik dan memberi idea bagaimana Itik boleh membantu Kura-kura untuk terbang. Maka berjayalah Kura-kura untuk terbang seperti yang diimpikannya, tetapi, Kura-kura lalai pada pesan Kancil hingga mengakibatkan dia ditimpa kemalangan iaitu cengkerangnya retak. Tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan kerana nasi telah menjadi bubur dan Kura-kura perlu terima hakikat tersebut.

Pada zaman dahulu - Singa dengan tikus

 

Pada zaman dahulu - Singa dengan tikus

 
Kali ini Aki bercerita tentang Singa dengan tikus. Di sini kita akan menerima pengajaran , sekiranya kita berbudi pada orang lain jasa kita akan di kenang terus sampai bila - bila . Ingat buat baik berpada pada , buat jahat jangan sekali..
 
 

Pada zaman dahulu - Sang Kancil mengira buaya

 
 
Pada zaman dahulu  - Sang Kancil mengira buaya
 
 
 
 
 
 
 
 
Aris dan Ara mengikut Aki memancing. Dalam lama-lama menunggu ikan memakan umpan, adik-beradik itu ternampak sepohon pokok rambutan yang cukup berbuah. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang memperdaya kawanan buaya dengan menjemput mereka ke kenduri Raja Sulaiman, semata-mata untuk menyeberangi sungai kerana hendak memakan rambutan gugur di seberang.