Memaparkan catatan dengan label Aris ariwatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aris ariwatan. Papar semua catatan

Aris ariwatan - Nyanyian rebah

 

Aris ariwatan - Nyanyian rebah

 
Ke manakah haluannya bila cinta
Tenggelam terbiar didalam bencana dosa
Ke manakah aku terlontar
Bila jiwa dikunci derita didalam impian cinta
Ku mencari warna indah
Didalam kesucian cinta
Ku tersapu cemar dosa
Dalam keasyikan cintaku pada mu

Sinarilah oh aku teman
Yang melangkah dalam kegelapan
Biar terhapus dosa
Kerana leka di belaian cinta
Lena dipelukan rasa
Aku dia ternoda didalam cinta
Yang berwarna suram
Oh dengarlah nyanyian rebah
Orang berdosa…
Kerana leka di belaian cinta
Lena dipelukan rasa
Aku dia ternoda didalam cinta
Yang berwarna suram
Ke manakah haluannya bila cinta
Tenggelam terbiar didalam bencana dosa

Ke manakah aku terlontar
Bila jiwa dikunci derita didalam impian cinta
Bencana dosa
Dikinci derita
Aku berdosa
Mencemar cinta

Aris ariwatan - Permaidani

 

Aris ariwatan - Permaidani

 
Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walauku sedari
Oh… nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Aris ariwatan - Lamunan terhenti

 

Aris ariwatan - Lamunan terhenti

 
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira engkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini