Biografi Kumpulan The Goodman brothers

Biografi Kumpulan The Goodman brothers

Kumpulan The Goodman Brothers berasal dari Singapura, diasaskan oleh Abang Mokhtar pada tahun 1972. Kumpulan ini terdiri daripada Abang Mokhtar sebagai gitaris merangkap vokalis utama, N. Nizar sebagai pemain keyboard dan juga vokalis, Bong Itam sebagai basis dan juga vokalis, Om Omar sebagai pemain drum dan Nona Reybina sebagai vokalis wanita.

Album kumpulan ini adalah  "Apalah Daya Orang Tak Suka", "Kong Kali Kong", "Mulut Orang (1982)", "Zaman Perang Jepun", "Semua duit/Sakit Kencing Manis", "Engkau Tahu Aku Tahu (1982)", "Baju Kebaya Kerja Berat (1980)", "Sayang Abang (1980)".

Istimewanya kumpulan ni, hampir keseluruhan lagu dalam album mereka adalah hasil ciptaan ahli kumpulan ini sendiri. Antara lagu popular kumpulan ni ialah "Apalah Daya Orang Tak Suka", "Kong Kali Kong", "Dara Bersedih", "Di Hari Persandinganmu", "Mertua dan Menantu" dan banyak lagi.

Pengasas kumpulan The Goodman Brothers iaitu Abang Mokhtar atau nama sebenar Mohd Mokhtar Othman meninggal dunia pada tahun 2009 pada usia 58 tahun meniggalkan seorang balu warga indonesia iaitu Yusnani M Tanius dan empat orang anak. Beliau meninggal di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat serangan jantung. Ramai yang menyangka Abang Mokhtar dan Hang Mokhtar adalah orang yang sama, sebenarnya kedua duanya adalah individu yang berlainan. Allahyarham Abang Mokhtar dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kebun Teh, Larkin.
 




Tiada ulasan: