Biografi kumpulan Kristal

Biografi kumpulan Kristal


Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.
Pada tahun 1999, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .
Setelah keluar dengan 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang', Kristal muncul dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu 'N.T Virus'. Album 'N.T Virus' ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.
'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.
Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.
Line up asal Kristal ni terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob ada komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula ada komitmen yang lain. Maka Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Maka tempat Joe digantikan oleh Acap (adik kepada Rody).
 
 
 

Tiada ulasan: