Hafiz - Awan nano
Lihat ke arah sana, Serakan warna dan berarakan Awan, Pabila terik panas, Segera hadirnya memayungi diri, Pabila kau dahaga, Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya, Pabila kau katakan, Akulah awan itu yang kau mahu, Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu, Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu, Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara , Bagaimanapun jua, Awan kekasih sebenarmu sayang, Walaupun tak akan tercapai jejarimu, Lihat diriku ini Yang sesekali pernah kau bagaikan awan, Sehingga tak mungkin terlupa, Berikan belas sedari dulu, Sehingga tak mungkin termampu saksi Setitis pun air matamu kasihku, Sehingga kau katakan Akulah awan itu yang kau rindu, Akulah awanmu yang sedia Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu, Akulah awanmu yang sering kau rindu Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu, Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua, Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu, Begitulah awan nano Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi, Dan bibirmu, Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu, Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua, Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan